Monday, August 15, 2011

Bubur Pedas Sarawak


Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

  • 1 pkt bumbu bubur pedas ( atau mengikut banyaknya bahan)- saya buat 2 paket untuk lebihkan rasa perencahnya - (yang nie perencah utama adalah perencah bubur pedas tanpa perencah bubur pedas, masakan nie tak menjadi)
  • 100 gm udang / ayam / daging- yang nie sesedap rasa. kalau vegetarian lebihkan sayur-sayuran
  • kacang panjang, lobak, kentang, jagung muda, midin (kalau ada), tauhu kering (fucuk),cendawan cina- nak letak sayuran lain pun takde masalah
  • 5 tangkai pucuk singkel (pucuk buas) - dihiris halus
  • 5 tangkai daun kunyit - dihiris halus
  • 5 biji cili kering (jika mahu pedas)
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk halus
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • halia sebesar ibu jari kaki - kalau nak lebih pun boleh (untuk mengeluarkan angin dalam badan)
  • 2 - 3 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 3 cawan pati santan / susu cair - kalau tak nak guna pun takpe garam

Cara-cara

  1. tumiskan bawang merah, putih, halia dan cili yang telah ditumbuk halus.
  2. setelah tumisan telah naik bau, masukkan samada udang, sotong, ayam atau daging dan masak hingga empuk.
  3. masukkan bumbu yang sudah dibancuh dengan air.
  4. biarkan mereneh dan masukkan pula kesemua sayur-sayuran dan bahan-bahan yang dihiris tadi sehingga pasti masaknya.
  5. masukkan garam secukup rasa, sedikit lada hitam dan lada putih yang nie, pilihan tukang masak kalau nak masukkan pati santan / susu cair, masukkan pula pati santan/susu cair dan biarkan mendidih lebih kurang 10 minit sambil dikacau perlahan.
  6. biarkan masak sehingga 15 minit...rasa sedikit, dan angkat dari dapur

    No comments:

    Post a Comment